Baja Organik




Keterangan Baja Oranik & Pengenalan Syarikat


Kompos African Nightcrawlers :
(EUDRILUS EUGENEA)
~ Adalah satu-satunya baja kompos yang terbaik.
~ Sentiasa menghasilkan baja organik yang amat banyak dimana tiada cacing lain dapat menghasilkan seumpamanya.
~ Tidak menyebarkan bau, bersih dari kotoran mahupun serangga.
~ Cacing luar biasa ini akan sentiasa mengeluarkan baja organik (hasil daripada bahan buangan cacing) yang tiada hadnya untuk segala jenis tanaman dan kebun.


Kebaikan Vermikompos :
~ Adalah baja organik yang mengandungi NPK yg mudah diserap (phyto-soluble) oleh pokok, trace element, mikrob berfaedah (nitro & phoshobactors), asid humik / fulvik, ph neutral, pest repellant semulajadi, penggalak pertumbuhan/buah dll.
~ Fakta Penggunaan vermikompos berbanding baja kimia adalah 1:3. Ertinya 1 kg vermikompos bersamaan 3 kg baja kimia.
~ Dapat meneutralkan lebihan asid tanah dan menjadikan tanah lebih gembur dan tidak cepat padat.
~ Kurang pembajakan antara musim.
~ Kurang masalah perosak.
~ Pertambahan pengeluaran hasil.
~ Mutu rasa & ketahanan hasil (rasa crunchy & shelf-life) lebih lama.
~ Penjimatan dari segi pengurangan penggunaan baja setelah musim ketiga apabila mutu tanah sudah dapat dipulihkan agar pokok dapat menyerap nutrien dengan lebih efisien.

Faedah Menggunakan Vermikompos :
~ Menggalakkan pertumbuhan pada pokok. Meningkatkan daya tahan terhadap penyakit dan gangguan pada tisu pokok.
~ Sebagai sumber makanan yang diperlukan oleh tumbuhan.
~ Memperbaiki struktur tanah, juga menjadi ajen pemulihan tanah dengan penambahan pengudaraan di dalam tanah.
~ Menggalakkan pertumbuhan akar tumbuhan.
~ Meningkatkan kualiti tumbesaran tumbuhan.
~ Mengekalkan pH tanah pada bacaan 7.
~ Tanaman BEBAS DARIPADA BAHAN KIMIA.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 KedaiBisnes...
Design by BloggerThemes